Tuesday, August 25, 2015

Summary Bonus dalam Powergold



💰Bonus 1
Apabila anda menaja org.. PG akan bg rm40 utk pakej gold (380 & 350), rm400 utk pakej super powergold (rm3800) & rm50 utk pakej solid gold (rm450).

💰Bonus 2
Apabila anda berjaya menaja 2 org.. Syarikat akan bg insentif paring sbyk rm30 utk pakej gold & solid gold & rm300 utk pakej super powergold. Syarat mesti ada kaki C..
Maksudnya penuhkan kaki A1, B1 & C.. 👆👆

💰Bonus 3
Anda akan dpt apabila set A2 ada sepasang & B2 ada sepasang.. PG akan bg 10% dr hasil paring group tersebut kpd anda. Maksimum PG akan bg 33% hasil paring org bwh kita..

💰Bonus 4
Setiap gram emas yg anda beli, PG akan pulangkan rm1 kpd anda.. Cthnya.. Anda beli 10g goldbar.. PG akan beri anda rm10..

💰Bonus 5
Setiap gram emas yg dibeli oleh org yg anda taja, anda akan dpt rm1.
Cthnya, anda taja ali. Ali bli 4 kping dnar (4.25g × 4=17g). Maka PG akan beri bonus ali rm17 & anda pun dapat rm17 juga..

💰Bonus 6 & 7
Anda dpt bonus ini apabila anda membeli & org bwh anda beli emas.. Jika org bwh anda beli & anda x beli, anda x dpt bonus ni.. Di kira dlm % belian org bwhan anda.

💰Bonus 8
Apabila anda sign up sbg ahli gold, PG akan beri share syarikat secara beransur2 sehingga rm500 bergantung kpd keuntungan syarikat od hari tersebut.. Byran dlm sen2 je sehari.

💰Bonus 9
Apabila anda sign up sbg ahli super powergold, PG akan beri share syarikat secara beransur2 sehingga rm1000 bergantung kpd keuntungan syarikat od hari tersebut.. Byran dlm sen2 je sehari.

💰Bonus 10
Apabila anda sign up sbg ahli solid gold, PG akan beri share syarikat secara beransur2 sehingga rm250 bergantung kpd keuntungan syarikat od hari tersebut.. Byran dlm sen2 je sehari.

💰Bonus 11
Anda layak utk dpt bonus ini sekiranya anda sign up pakej super powergold..

💰Bonus 8 & 9 akan d beri dgn syarat anda menaja sekurang2 nya seorg ahli & membuat sekali pembelian .
Bonus 10 tiada syarat.. Bila sign up sj, anda akan d beri bonus ini tanpa perlu menaja, membeli @ menjual.


Visit webpage         : www.lubukemasmurah.com/SaifulizminLegacy
Call/SMS/Whatsapp: 013-3512737

Emas Powergold Mahal?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sharing daripada senior Powergold

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya ini setelah mendapat pertanyaan dari seorang adik berkenaan harga emas Powergold lebih "mahal"dari Public Gold.

Terima kasih buat adik yg bertanya dan membuatkan saya terpanggil utk saya berkongsi kenapa saya memilih Powergold sbg platform pelaburan & perniagaan emas saya pada hari ini.
Sejak 2009, saya berusaha mencari jalan untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan selain dari pelaburan unit amanah dan hartanah. Setelah terbaca beberapa artikel dari mentor2 pelaburan terkemuka antarabangsa dan tempatan pada awal 2013, saya buat keputusan untuk mencuba dengan emas dan perak.
Maka saya berusaha mencari sedikit ilmu tentang emas dan pelaburan emas dan akhirnya saya merasakan emas fizikal lebih sesuai utk target pelaburan jangka masa panjang saya. Dari situ saya mula mengkaji dari mana saya boleh mendapatkan emas fizikal dgn mudah, murah, cepat dan tak perlu buang masa nak pergi ke kedai2 emas disebabkan rutin kerja saya yg agak ketat.

Dari situ saya dapat menyenarai pendekkan 4 syarikat tempatan yg terkemuka yg punya reputasi sendiri dalam urus jual beli emas fizikal sejak 2011 sebelum saya bertindak menyertai POWERGOLD pada Sept 2013.
Saya akan buat perbandingan di antara GSR (Golden Silver Resources) , PG (Public Gold) , GCP (GoldCrest Pavilion) dan PWG (Powergold). Tiada niat untuk menjatuhkan mana2 pihak.
Kerana memang menjadi sikap semulajadi saya dan sebab skop kerja menyebabkan saya sedikit analitikal, jadi saya membuat perbandingan dari pelbagai persepektif seperti Status Syarikat, Produk dan Pelan Perniagaan yg
ditawarkan.

STATUS SYARIKAT:
GSR, GCP & PWG: Milik Bumiputera Islam 100%
PG: Milik Usahawan Kaum Tionghua - boleh google maklumat mereka.
Nota: Bukan saya mahu bersikap rasis tetapi bagi sesetengah orang ini juga perlu diambil kira.

BAYARAN UNTUK MENJADI DEALER:
GSR : bayaran minimum untuk menjadi dealer GSR adalah RM1000. Dealer akan dapat jaket GSR, name card, flyer untuk promo, member card, khairat kematian RM500 (2 tahun pertama), iklan di akhbar. Tetapi dealer tidak akan dapat emas. Perniagaan boleh diwariskan.
PG : anda perlu beli minimum RM30,000 emas untuk melayakkan anda menjadi automatik Normal Dealer kepada PG. RM30,000 tersebut boleh daripada emas
perhiasan, jongkong emas atau dinar. Utk jadi Priority Dealer kena buat belian minimum RM100,000.
GCP : bayaran minimum untuk menjadi dealer GCP adalah RM600. Perniagaan tidak boleh diwariskan.
PWG : bayaran minimum adalah RM350 (Ahli) dan RM3800 (Stokis).  Ahli/Stokis diberikan goldbar 999.9 0.5g/8.5g serta laman web rujukan harga dan rekod jualan serta laman web katalog produk (e-catalogue) selain pemberian Cashback Reward perkongsian keuntungan syarikat sehingga RM500/RM1500 mengikut pakej.  Bisnes boleh juga diwarisi.

PERBEZAAN PRODUK:
GSR : GSR menawarkan Dinar Syifa 917 4.5g, Gold Bar  999.9 1g, 5g dan 10g, rantai emas 999, emas perhiasan 916, emas perhiasan design eksklusif, perak
PG : PG menawarkan gold bar 999.9 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g, Silver bar 250g, 500g dan 1kg, Dinar 999.9 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar serta barang kemas public jewellery
GCP: GCP menawarkan emas perhiasan 916 serta gold bar 999.9 1g, 10g, 20g, 50g, 100g
PWG: PWG menawarkan emas perhiasan 916, goldbar 999.9 1g, 5g, 10g, 20g, 50g,100g, 500g, Dinar 999.9 Suku Dinar, 1 Dinar dan 2Dinar & syiling emas 0.5g(terbaru)

PENGIKTIRAFAN GOLD BAR
Kesemuanya mempunyai sijil ketulenan yang ditauliahkan oleh KL Assayer Office (Syukor Anuar) yang merupakan salah satu Pentauliah Bebas Logam berharga.
Kelebihan buat GSR : PERTAMA seumpamanya di Malaysia di mana setiap sijil ketulenan dilekatkan dengan stocker hologram yang sukar diklon (password encrypted)

KOMISEN AGEN ATAU DEALER
GSR dan GCP : menawarkan komisen yang agak lumayan, dalam julat 5-8% yang ditetapkan sendiri oleh dealer. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar.
PG : komisen bergantung pada level dealer itu sendiri yang telah ditetapkan oleh PG berdasarkan kemampuan sales agen tersebut. Sebagai contoh, Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5% dan Master Dealer 2%. Bayaran akan dibuat terus ke akaun individu pada 20hb setiap bulan.
PWG : komisen jualan antara 6-12%. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar. Setiap gram yg dibeli, syarikat beri RM1/gram dalam bentuk reward ke dalam e-wallet.

OVERRIDING INTRODUCER DEALER GET DEALER
GSR dan GCP : adalah 'one layer'. Dealer akan diperkenalkan oleh 'introducer'. Introducer akan mendapat RM100 on dealer get dealer dan RM1/g di atas jualan dealer di bawahnya.
PG : overriding juga 'one layer'. Namun, terdapat 3 level of dealers, Master Dealer, Priority Dealer dan Normal Dealer. Master Dealer akan mendapat sebanyak 0.5% overriding dari sales PD dan 1% dari sales ND. PD pula boleh mendapat 0.5% overriding dari sales ND yang ditajanya.
PWG: adalah "multi layer". Introducer yg perkenalkan Dealer akan mendapat 10% dari Dealer di Level 1 dan 2% dari Dealer di Level 2. Disamping itu Introducer juga mendapat 20% di overriding dari sales setiap Dealer dibawahnya sehingga 5 level.

PERBEZAAN HARGA DAN SPREAD
GSR dan GCP : harga yang dipaparkan adalah harga customer. Harga dealer adalah 5-8% less than web price.
PG : seperti GSR, harga yang dipaparkan adalah harga customer. harga dealer adalah 1-2% less than web price.
PWG: harga di laman web adalah harga dealer, namun harganya 6-12% lebih murah dari harga pasaran semasa. Terpulang pada kreativiti Dealer utk menentukan harga Jualan kpd customer terutama yg melibatkan volume yang besar. Namun ada 1 lagi faktor yg perlu diambil kira semasa membuat pembelian emas adalah "spread" atau susut nilai. Spread adalah peratusan perbezaan harga jualan oleh syarikat (SELL) dgn harga belian balik oleh syarikat (BUY BACK).
Ada syarikat menawarkan harga per gram yg rendah tetapi peratusan spread yg tinggi, ada syarikat menawarkan harga yg sedikit tinggi tetapi spread yg agak rendah. Dalam ilmu pelaburan emas peratusan spread yg agak munasabah bagi menjaminkan keuntungan pelaburan diperolehi dgn cepat adalah antara 2% hingga 8% utk goldbar dan dinar. Barang kemas 916 mempunyai spread yg tinggi disebabkan faktor upah membuat. Biasanya spread yg munasabah bagi barang kemas 916 adalah antara 10%-15%. Kerana spread yg tinggi, jarang kita dengar pakar2 pelaburan akan mengesyorkan membuat pelaburan emas menggunakan barang kemas 916.

Dari info yg saya kaji saya boleh rumuskan julat spread goldbar dan dinar bagi setiap syarikat seperti berikut:
GSR dan GCP: 5.5% hingga 10%
PG: 2.5% hingga 6.0% utk Priority Dealer; 4.5% hingga 8.0% utk Normal Dealer
PWG: 3.5% hingga 7.0% utk Stokis; 5.0% hingga 8.0% utk Ahli (Dealer)

BUYING PROCEDURE
GSR dan GCP : Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan 10am - 4pm melalui web atau telefon. Sabtu dan Ahad, tiada urusniaga dijalankan.
PG : mengemaskini harga mengikut harga 'spot dunia' setiap 20 minit dan urusniaga dijalankan 7 hari seminggu.
PWG: Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan 9am - 5pm setiap hari melalui web atau telefon. Untuk barang kemas 916 , Sabtu dan Ahad tiada urusniaga dijalankan.

SERVICE PROVIDED
GSR, GCP dan PWG : menawarkan penghantaran ke pintu rumah, serta belian balik @ 'buyback' dari customer.
PG : pula akan menyediakan stok di branch pilihan dan perlu di pick up sendiri atau atas bantuan dealer.

KESIMPULAN
Ini adalah pandangan peribadi saya, saya kongsi utk panduan. Pada saya, yang penting adalah untuk membeli dan menyimpan emas.  Kalau dikaji atau difikirkan lama2 pun tapi tiada tindakan dibuat pun tiada gunanya. Tepuk
dada tanya selera.


http:/powergold.biz
Katalog Barang Kemas 916 : http//agc139.com/product/productlisting
*Saving 1gram 999 Gold Bar a month, get gold & get income*
"Orang Berduit Belum Tentu Ada Emas, Orang Ada Emas Sudah Tentu Ada Duit


Visit webpage         : www.lubukemasmurah.com/SaifulizminLegacy
Call/SMS/Whatsapp: 013-3512737

Sunday, August 2, 2015

Bonus-bonus di dalam Powergold

BONUS2  DALAM POWERGOLD:

Bonus lebih lumayan akan diberikan kepada ahli2 yang berjaya menaja ahli baru menyertai powergold.Bonus untuk ahli yg menaja ialah Bonus Menaja, Bonus Pairing dan Bonus Matching. Penghuraian bonus2 powergold adalah seperti berikut:

1. BONUS MENAJA:

Bonus Menaja ini dibayar sehingga 2 level. Tak kira berapa ramai ahli itu ia dikira sbagai level 1 manakala ahli baru berkenaan yang menaja dikira sebagai level 2 anda.

Level 1

1. Jika anda taja ahli yg join pakej membership rm350, anda RM40.
2. Jika anda taja ahli yg join pakej membership rm380 , anda dapat RM40.
3. jika anda taja ahli yg join pakej membership rm450, anda dapat RM50.
4. jika anda taja ahli yg join pakej membership rm3800, anda dapat RM400.

* Anda boleh menaja seberapa ramai yg anda mampu dan bonus dibayar sebagai bonus level 1 anda.

Level 2

1. Jika ahli tajaan anda itu menaja ahli pakej membership rm350, anda dapat RM10.
2. Jika ahli tajaan anda itu menaja ahli pekej membership rm380, anda dapat RM10.
3. Jika ahli tajaan anda itu menaja ahli pakej membership rm450, anda dapat RM10.
4. Jika ahli tajaan anda itu menaja ahli pakej membership rm3800, anda dapat RM100.


Contoh pelan pemasaran Powergold


2. BONUS PAIRING:

Sistem pairing powergold sama juga dengan lain2 sistem pairing cuma di powergold menggunakan kaedah matrik 3x3. Maksudnya level 1 terdiri dari 3 org ahli dan ahli tajaan 4 dan seterusnya akan disusun di level 2 dan seterusnya. Untuk membolehkan bonus pair dibayar, anda perlu menaja sekurang2nya 3 org ahli baru iaitu untuk disusun di kiri, tengah dan kanan matrik itu. Ahli di kiri dan di tengah yang bergerak akan akan dikira pair walaupun ahli di sebelah kanan anda mati (tak bergerak) iaitu KAKI C .Sy syorkan utk ahli di kanan, anda boleh letak diri anda sendiri saja (tak perlu buat network di kanan), iaitu KAKI C.

*tujuan plan matrikh 3 kaki ini adalah sebagai memenuhi syarat lesen AJL yg baru.





Cara Kiraan Bonus Pairing: Setiap 1 pairing akan dibayar rm30

* Bonus ini tiada had. Dibayar sehingga infiniti selagi ahli2 dibawah tajaan anda bergerak.
* Bonus pairing akan berlaku flashing bila telah capai maksimum sehari berdasar pakej anda join:

1. Jika anda join pakej gold coin (rm350), maksimum pair sehari RM450.
2. Jika anda join pakej gold produk (rm380), maksimum pair sehari RM450.
3. Jika anda join pakej solid gold (stokis) rm450, pair sehari RM600.
4.Jika anda join pakej super power gold (stokis) rm3,800, pair sehari RM2,100.

* Anda dibenarkan untuk upgrade pakej keahlian anda dalam masa 4 bulan dari tarikh penyertaan pertama

3. BONUS MATCHING:

Bonus matching dibayar kepada anda bila mana ahli tajaan anda mendapat bonus pair mereka.Ia dibayar sehingga 33% berdasarkan pembahagian level seperti berikut:

1. Level 1 dibayar sebenyak 10%
2. Level 2 dibayar sebanyak 10%
3. Level 3 dibayar sebanyak 5%
4. Level 4 dibayar sebanyak 5%
5. Level 5 dibayar sebanyak 3%




Contoh: Jika ahli tajaan anda di level 1 itu menaja dan mrk dapat bonus pair rm1,000, maka bonus matching anda ialah RM100 (10%).

dan jika ahli tajaan anda yg berada di level 2 itu dapat bonus pair rm1,000, maka bonus matching anda sebanyak rm100 (10%).

Begitu lah ahli tajaan anda yg berada di level 3.jika mereka dapat bonus pair rm1,000, maka bonus matching anda ialah RM50 (5%).

Begitulah dgn level 4 dan 5.

HANYA STOKIS YG LAYAK DAPAT KELIMA- LIMA LEVEL.. AHLI BIASA HANYA LEVEL 1.

4. BONUS MOBIL STOKIS:

Bagi yg join pakej super power gold (rm3,800) anda secara langsung dilantik menjadi stokis syarikat. Stokis akan dapat insentif tambahan sekiranya melakukan sign up ahli baru. Stokis berpeluang mendapat keuntungan dari jualan emas.

1. Daftar ahli gold coin (rm350) anda dapat komisyen RM10.
2. Daftar ahli gold produk (rm380) anda dapat komisyen RM10
 2. Daftar ahli solid gold (rm450) anda dapat komisyen RM10 dan
3. Daftar ahli super power gold (rm3,800) anda dapat komisyen RM100.

PEMBAYARAN BONUS:

Bonus Auto Withdraw setiap 15 hb, 30hb, sebulan 2 kali. Minimum auto withdraw RM100 ke atas. Bonus akan dimasukkan ke Akaun Bank anda dalam masa 1-5 hari setelah Auto Withdraw dilakukan.

Semoga pencerahan ini membantu anda dalam membuat penajaan..terbaikk...

Boleh pilih pakej mana pilihan hati ☺☺☺

Selamat maju jaya, dan semoga semuanya mnjadi jutawan emas islam online ✨✨✨✨

Visit webpage         : www.lubukemasmurah.com/SaifulizminLegacy
Call/SMS/Whatsapp: 013-3512737

Tempat Simpanan Emas

Tempat simpan emas 📦

💡Masa saya mula-mula beli emas dulu pernah saya terfikir di manakah tempat yang sesuai untuk saya simpan emas ni dengan selamat  saya membelinya? Takkan nak simpan kat rumah pula kan? Nanti kalau orang curi macam mana? Adakah anda juga berfikiran begitu?

💡Setelah banyak saya menghadiri seminar, bertanya kepada otai-otai emas dan membaca beberapa artikel tentang pelaburan / simpanan emas ni, dengan selambanya saya simpan sahaja emas tu di rumah.
Ha nak tahu Kenapa?

♧Emas itu tidak jauh berbeza dengan barang kemas, jika barang kemas boleh disimpan di rumah, mengapa tidak emas tersebut? Kaedah penyimpanan emas itu, sama sahaja seperti kaedah penyimpanan barang kemas.
Pencuri kalau nak mencuri, bukan sebab dia tahu rumah kita ada emas atau sebab kita ada beli emas. Pencuri masuk rumah selalunya sebab rumah itu kosong atau rumah tu nampak macam sebuah rumah orang yang sangat kaya yang kurang kawalan sekuritinya.

♧Namun begitu, jika anda memang sangat-sangat tidak selesa emas anda itu di simpan di rumah, mungkin sebab takut hilang ke, takut di curi ke, takut terlupa letak dimana, takut rumah terbakar (tapi emas takkan terbakar) atau sebagainya. Anda boleh menyimpankan emas anda itu di kotak keselamatan, iaitu "safe deposit box" yang disediakan oleh pihak bank. Jika setakat 1 dinar emas atau 10gram Gold Bar sahaja tidak perlulah simpan sampai di safe deposit, lainlah kalau anda ada berkilo-kilo emas memang sesuai la simpan di safe deposit.hahaha..
📥Di Maybank (cawangan tertentu), yurannya sekitar RM80-RM200 setahun, bergantung pada saiz kotak.
📥Di Public bank, kos sewaannya pula sekitar RM150-RM430 setahun.
📥Di CIMB Bank, kos sewaannya pula sekitar RM100-RM360 setahun.

Terdapat beberapa syarat yang pihak bank tetapkan jika ingin menyewa safe deposit box mereka, antaranya :-
1. Anda mempunyai akaun simpanan di bank tersebut
2. 2 Unit Kunci diserah kepada anda dimana pihak bank tidak memegang langsung kunci tersebut, sekiranya   kunci hilang maka duit deposit akan diambil oleh pihak bank.
3. Anda hanya boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
4. Nilai perlindungan insuran selalunya hanya sehingga RM10 ribu sahaja.

Jadi, terpulang kepada anda, mahu simpan sendiri atau simpan di bank? Pada saya, setakat emas kecil seperti 1 dinar emas 40 keping ke, anda boleh fikirkan secara kreatif tempat yang sesuai untuk simpannya.
Seperti masukkan dalam bekas susu Ducth Lady ke, lepas tu simpan dalam peti ais, hahaha..tu baru satu port. Tidak pun simpan dalam bekas rempah-rempah kat dapur anda. Ha bagaimana?
Anda boleh fikirkan secara kreatif eh.

📝Diharapkan info ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda. Cuba anda fikirkan, ramai orang takut beli emas sebab masalah bagaimana nak simpan emas ni, padahal ramai orang simpan wang fiat berkeping-keping di rumah tak takut pula. Fikir-fikirkan..

Take note yer kawan2...

Visit webpage         : www.lubukemasmurah.com/SaifulizminLegacy
Call/SMS/Whatsapp: 013-3512737

Zakat Emas dan Perak

Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab.

- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun. 

- Nisab pula merujuk kepada nilai berat. 

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud: 

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35) 

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu: 

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai) 

2. Zakat emas yang dipakai. 

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai) 

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. 

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun. 

Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000 

= RM400 

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan) 

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata. 

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah) 

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram 

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah: 

= 250 gram – 150 gram (uruf) 

= 100gram 

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa) 

(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram) 

= 2.5% x (100 gram x RM157.00) 

= RM392.00 

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia. 

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia. 

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram. 
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram 
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram 
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram 
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram 
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram 
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram 
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf 
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram 
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram 
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram 
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000 
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram 

Pengiraan zakat perak. 

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab. 

- Haul ialah tempoh masa setahun 

- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram) 

Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5% 

Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999 

Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500 

Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500 

= RM112.50 

Kesimpulan. 

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat. 

Ok then, selamat membuat pelaburan emas dan perak.

Visit webpage         : www.lubukemasmurah.com/SaifulizminLegacy
Call/SMS/Whatsapp: 013-3512737

Kenapa Penting Tukar Wang Kertas kepada Emas?

✨✨MENGAPA anda perlu menukar wang 💸💸💸 kertas kepada emas💰💰💰 (dinar@goldbar)✨✨



☑Tiada susut nilai dan inflasi. Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM700+- lebih kurang 1 dinar=4.25g

☑Laku satu dunia setiap masa. Orang kemboja yang hijrah ke Malaysia kini kaya raya di kelantan menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.

☑Paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai.

Kalau anda menabung bentuk duit, nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda penat2 simpan tak berkesudahan….

☑Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.

Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit 100 200. Jangan malukan diri anda lagi.

☑Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.

Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab,beli alat pertahanan tapi sekarang,semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas..tak lama lagi akan down..

☑Layak kena zakat.Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g /setengah dinar.

Khilaf ulamak. Ada kata kena ada kata tak.(rujuk kitab risalah imam shafie). petikannya; tidak harus dikiaskan emas dan perak dengan duit ringgit(wang kertas) pada wajib zakat. 3 mazhab lain wajib zakat. Mazhab Shafie tak wajib..anda nak bayar juga, suka hati koranglah tapi taqlid mazhab selain shafie lah, kang tak pasai2 duit habis, amalan tak sah.

☑Keunikan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.

Alat barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak,senjata,teknologi dan sebagainya.
  
☑Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai. Rujuk http://www.kitco.com/

Susut nilai setahun 37%. Bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%.tapi kita tak nampak..kita nampak kertas aku makin banyak...

Visit webpage         : www.lubukemasmurah.com/SaifulizminLegacy
Call/SMS/Whatsapp: 013-3512737

Apa itu Kos Upah Emas?

Apa itu KOS UPAH ?

Salam rakan-rakan,bertemu kita sekali lagi.... 😃😃😃

" Apakah itu kos upah emas? Kenapa perlu kos upah emas? Tak ada kos upah tak boleh ker?

Persoalan ini acap kali kami terima daripada pelanggan. Maka, bagi menjawab soalan-soalan tersebut, kami akan jawab seringkas mungkin supaya anda faham konsep kos upah.
Bagi setiap urusniaga pembelian produk emas, jumlah yang perlu dibayar pelanggan adalah harga emas ditambah dengan kos upah. Tapi apakah itu KOS UPAH? Kenapa perlu ada KOS UPAH? Jawapannya saya akan kongsikan di bawah.

KOS UPAH = UPAH TUKANG = KOS TUKANG

Kos upah biasanya akan dikenakan kepada pelanggan bagi setiap produk emas yang dibeli.Kos upah adalah kos yang dibayar kepada tukang emas bagi membentuk dan membuat barang kemas. Ia ditentukan mengikut kepada rekabentuk dan kadar kerumitan produk tersebut. Semakin rumit rekabentuknya, semakin tinggi kos upah. Biasanya dalam kadar RM50 - RM300. Jangan pula anda terkejut jika ada kos upah yang lebih itu. Bukan mudah untuk membuat barang kemas yang berkualiti dan cantik.
💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎
Mari kita buat sedikit kiraan:
Katakan harga emas ketika itu adalah RM170/gram. Harga yang anda sangka anda akan bayar adalah:
RM 170 x 2 gram = RM 340 --->> Tapi tunggu !!!
Jumlah tersebut belum ditambah kos upah. Untuk cincin seringkas ini, kadar upah mungkin menjangkau RM50. Maka, jumlah yang anda perlu bayar adalah:
RM340 + RM50 = RM390.
Harga masih mampu milik, tapi cuba kita kira, berapa harga segram untuk cincin itu setelah ditambah kos upah:
RM390 / 2 gram = RM195 per gram!!
💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎💎
Maka, pastikan anda bertanyakan kos upah terlebih dahulu sebelum membayar emas yang anda beli. Lebih kecil kos upah, lebih cepat anda akan beroleh keuntungan dari nilai emas yang anda beli.
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺


Visit webpage         : www.lubukemasmurah.com/SaifulizminLegacy
Call/SMS/Whatsapp: 013-3512737