Tuesday, August 25, 2015

Emas Powergold Mahal?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sharing daripada senior Powergold

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya ini setelah mendapat pertanyaan dari seorang adik berkenaan harga emas Powergold lebih "mahal"dari Public Gold.

Terima kasih buat adik yg bertanya dan membuatkan saya terpanggil utk saya berkongsi kenapa saya memilih Powergold sbg platform pelaburan & perniagaan emas saya pada hari ini.
Sejak 2009, saya berusaha mencari jalan untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan selain dari pelaburan unit amanah dan hartanah. Setelah terbaca beberapa artikel dari mentor2 pelaburan terkemuka antarabangsa dan tempatan pada awal 2013, saya buat keputusan untuk mencuba dengan emas dan perak.
Maka saya berusaha mencari sedikit ilmu tentang emas dan pelaburan emas dan akhirnya saya merasakan emas fizikal lebih sesuai utk target pelaburan jangka masa panjang saya. Dari situ saya mula mengkaji dari mana saya boleh mendapatkan emas fizikal dgn mudah, murah, cepat dan tak perlu buang masa nak pergi ke kedai2 emas disebabkan rutin kerja saya yg agak ketat.

Dari situ saya dapat menyenarai pendekkan 4 syarikat tempatan yg terkemuka yg punya reputasi sendiri dalam urus jual beli emas fizikal sejak 2011 sebelum saya bertindak menyertai POWERGOLD pada Sept 2013.
Saya akan buat perbandingan di antara GSR (Golden Silver Resources) , PG (Public Gold) , GCP (GoldCrest Pavilion) dan PWG (Powergold). Tiada niat untuk menjatuhkan mana2 pihak.
Kerana memang menjadi sikap semulajadi saya dan sebab skop kerja menyebabkan saya sedikit analitikal, jadi saya membuat perbandingan dari pelbagai persepektif seperti Status Syarikat, Produk dan Pelan Perniagaan yg
ditawarkan.

STATUS SYARIKAT:
GSR, GCP & PWG: Milik Bumiputera Islam 100%
PG: Milik Usahawan Kaum Tionghua - boleh google maklumat mereka.
Nota: Bukan saya mahu bersikap rasis tetapi bagi sesetengah orang ini juga perlu diambil kira.

BAYARAN UNTUK MENJADI DEALER:
GSR : bayaran minimum untuk menjadi dealer GSR adalah RM1000. Dealer akan dapat jaket GSR, name card, flyer untuk promo, member card, khairat kematian RM500 (2 tahun pertama), iklan di akhbar. Tetapi dealer tidak akan dapat emas. Perniagaan boleh diwariskan.
PG : anda perlu beli minimum RM30,000 emas untuk melayakkan anda menjadi automatik Normal Dealer kepada PG. RM30,000 tersebut boleh daripada emas
perhiasan, jongkong emas atau dinar. Utk jadi Priority Dealer kena buat belian minimum RM100,000.
GCP : bayaran minimum untuk menjadi dealer GCP adalah RM600. Perniagaan tidak boleh diwariskan.
PWG : bayaran minimum adalah RM350 (Ahli) dan RM3800 (Stokis).  Ahli/Stokis diberikan goldbar 999.9 0.5g/8.5g serta laman web rujukan harga dan rekod jualan serta laman web katalog produk (e-catalogue) selain pemberian Cashback Reward perkongsian keuntungan syarikat sehingga RM500/RM1500 mengikut pakej.  Bisnes boleh juga diwarisi.

PERBEZAAN PRODUK:
GSR : GSR menawarkan Dinar Syifa 917 4.5g, Gold Bar  999.9 1g, 5g dan 10g, rantai emas 999, emas perhiasan 916, emas perhiasan design eksklusif, perak
PG : PG menawarkan gold bar 999.9 10g, 20g, 50g, 100g dan 250g, Silver bar 250g, 500g dan 1kg, Dinar 999.9 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar serta barang kemas public jewellery
GCP: GCP menawarkan emas perhiasan 916 serta gold bar 999.9 1g, 10g, 20g, 50g, 100g
PWG: PWG menawarkan emas perhiasan 916, goldbar 999.9 1g, 5g, 10g, 20g, 50g,100g, 500g, Dinar 999.9 Suku Dinar, 1 Dinar dan 2Dinar & syiling emas 0.5g(terbaru)

PENGIKTIRAFAN GOLD BAR
Kesemuanya mempunyai sijil ketulenan yang ditauliahkan oleh KL Assayer Office (Syukor Anuar) yang merupakan salah satu Pentauliah Bebas Logam berharga.
Kelebihan buat GSR : PERTAMA seumpamanya di Malaysia di mana setiap sijil ketulenan dilekatkan dengan stocker hologram yang sukar diklon (password encrypted)

KOMISEN AGEN ATAU DEALER
GSR dan GCP : menawarkan komisen yang agak lumayan, dalam julat 5-8% yang ditetapkan sendiri oleh dealer. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar.
PG : komisen bergantung pada level dealer itu sendiri yang telah ditetapkan oleh PG berdasarkan kemampuan sales agen tersebut. Sebagai contoh, Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5% dan Master Dealer 2%. Bayaran akan dibuat terus ke akaun individu pada 20hb setiap bulan.
PWG : komisen jualan antara 6-12%. Terpulanglah kepada dealer untuk menetapkan harga terutamanya jika pelanggan membeli dalam volume yang besar. Setiap gram yg dibeli, syarikat beri RM1/gram dalam bentuk reward ke dalam e-wallet.

OVERRIDING INTRODUCER DEALER GET DEALER
GSR dan GCP : adalah 'one layer'. Dealer akan diperkenalkan oleh 'introducer'. Introducer akan mendapat RM100 on dealer get dealer dan RM1/g di atas jualan dealer di bawahnya.
PG : overriding juga 'one layer'. Namun, terdapat 3 level of dealers, Master Dealer, Priority Dealer dan Normal Dealer. Master Dealer akan mendapat sebanyak 0.5% overriding dari sales PD dan 1% dari sales ND. PD pula boleh mendapat 0.5% overriding dari sales ND yang ditajanya.
PWG: adalah "multi layer". Introducer yg perkenalkan Dealer akan mendapat 10% dari Dealer di Level 1 dan 2% dari Dealer di Level 2. Disamping itu Introducer juga mendapat 20% di overriding dari sales setiap Dealer dibawahnya sehingga 5 level.

PERBEZAAN HARGA DAN SPREAD
GSR dan GCP : harga yang dipaparkan adalah harga customer. Harga dealer adalah 5-8% less than web price.
PG : seperti GSR, harga yang dipaparkan adalah harga customer. harga dealer adalah 1-2% less than web price.
PWG: harga di laman web adalah harga dealer, namun harganya 6-12% lebih murah dari harga pasaran semasa. Terpulang pada kreativiti Dealer utk menentukan harga Jualan kpd customer terutama yg melibatkan volume yang besar. Namun ada 1 lagi faktor yg perlu diambil kira semasa membuat pembelian emas adalah "spread" atau susut nilai. Spread adalah peratusan perbezaan harga jualan oleh syarikat (SELL) dgn harga belian balik oleh syarikat (BUY BACK).
Ada syarikat menawarkan harga per gram yg rendah tetapi peratusan spread yg tinggi, ada syarikat menawarkan harga yg sedikit tinggi tetapi spread yg agak rendah. Dalam ilmu pelaburan emas peratusan spread yg agak munasabah bagi menjaminkan keuntungan pelaburan diperolehi dgn cepat adalah antara 2% hingga 8% utk goldbar dan dinar. Barang kemas 916 mempunyai spread yg tinggi disebabkan faktor upah membuat. Biasanya spread yg munasabah bagi barang kemas 916 adalah antara 10%-15%. Kerana spread yg tinggi, jarang kita dengar pakar2 pelaburan akan mengesyorkan membuat pelaburan emas menggunakan barang kemas 916.

Dari info yg saya kaji saya boleh rumuskan julat spread goldbar dan dinar bagi setiap syarikat seperti berikut:
GSR dan GCP: 5.5% hingga 10%
PG: 2.5% hingga 6.0% utk Priority Dealer; 4.5% hingga 8.0% utk Normal Dealer
PWG: 3.5% hingga 7.0% utk Stokis; 5.0% hingga 8.0% utk Ahli (Dealer)

BUYING PROCEDURE
GSR dan GCP : Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan 10am - 4pm melalui web atau telefon. Sabtu dan Ahad, tiada urusniaga dijalankan.
PG : mengemaskini harga mengikut harga 'spot dunia' setiap 20 minit dan urusniaga dijalankan 7 hari seminggu.
PWG: Mengemaskini harga setiap hari sekali. Urusniaga dijalankan 9am - 5pm setiap hari melalui web atau telefon. Untuk barang kemas 916 , Sabtu dan Ahad tiada urusniaga dijalankan.

SERVICE PROVIDED
GSR, GCP dan PWG : menawarkan penghantaran ke pintu rumah, serta belian balik @ 'buyback' dari customer.
PG : pula akan menyediakan stok di branch pilihan dan perlu di pick up sendiri atau atas bantuan dealer.

KESIMPULAN
Ini adalah pandangan peribadi saya, saya kongsi utk panduan. Pada saya, yang penting adalah untuk membeli dan menyimpan emas.  Kalau dikaji atau difikirkan lama2 pun tapi tiada tindakan dibuat pun tiada gunanya. Tepuk
dada tanya selera.


http:/powergold.biz
Katalog Barang Kemas 916 : http//agc139.com/product/productlisting
*Saving 1gram 999 Gold Bar a month, get gold & get income*
"Orang Berduit Belum Tentu Ada Emas, Orang Ada Emas Sudah Tentu Ada Duit


Visit webpage         : www.lubukemasmurah.com/SaifulizminLegacy
Call/SMS/Whatsapp: 013-3512737

No comments:

Post a Comment